Sesungguhnya saya telah berjaya menamatkan praktikum fasa II saya di sekolah kebanggaan saya iaitu: Sk Bunga Raya Keningau(Sikul Bapa Saya) selama 2 bulan:P.... Selama 2 bulan berpraktikum di sekolah tersebut saya telah mengambil keputusan untuk tinggal di rumah saya sendiri kerana ini memudahkan lagi pengurusan diri dan sebagainya.
Akan tetapi tidak mudah seperti yang saya harapkan apabila mengambil keputusan untuk tinggal dirumah sendiri semasa berpraktikum kerana:
1) Anda tidak mudah dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan bagi mendapatkan idea dan maklumat berkaitan
2) Anda mudah terlena kerana anda tidak mempunyai rakan sebagai motivasi dan pembimbing
3) Anda cepat merasa bosan dan kurang idea berkaitan praktikum
4) Aktiviti sukan/riadah kurang
5) Ketinggal maklumat semasa mengenai IPG dll.
Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang saya hadapi semasa praktikum saya tetap bersyukur kerana dapat menempuhinya semua dengan selamat. Pengalaman praktikum fasa II ini sangat bermakna bagi saya kerana banyak saya perolehi ilmu dan kemahiran yang penting bagi seorang guru.
Namun kepenatan itu sangat dirasai bagi diri saya ini. Tidak dapat saya banyangkan dimana setiap hari saya perlu menyediakan RPH sehingga subuh dan kekadang tidak tidur bagi menyiapkannya. Ditambah lagi dengan pelbagai karenah pelajar di dalam bilik darjah yang benar-benar mencabar mental seorang guru. Saya menganggap semua itu sebagai satu kelebihan kepada diri saya supaya saya dapat mempelajari sesuatu mengenai pendadogi yang paling sesuai yang boleh saya perbaiki.
Akhir sekali, berat dan susah mana pun saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana membenarkan saya sehingga kini masih bertahan dan dapat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa saya sendiri. Semoga perjalanan saya ini diteruskan sehingga kelak menjadi seorang guru yang benar-benar disanjungi oleh masyarakat.
Gambar ini ketika mengajar murid di kelas tahun 5 Matahari Sk Bunga Raya.Antara bahan bantu yang telah saya gunakan bagi membantu pengajaran di dalam bilik darjah.
Kelas Tahun 5 Matahari |
No comments:
Post a Comment