Monday, 23 September 2013

LAWATAN KE RANAU (CLASSMATE) 2013

Lawatan Sambil Belajar Bagi Subjek Persatuan Matematik

            Pada semester ini kami telahpun berada disemester 6 di IPG Kampus Keningau. Pada kali ini kami telah mengadakan lawatan ke daerah Ranau bagi tujuan memenuhi sukatan mata pelajaran kami. Walaupun tujuan asal lawatan kami ada bagi memenuhi objektif projek mata pelajaran kami, namun kami mengambil kesempat daripada lawatan ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli dalam kelas.

          Selain itu, pada ketika ini kami semua sedang menjalani praktikum fasa II di sekolah masing-masing. Pelbagai "stress" yang dialami oleh setiap ahli dalam kalangan kami. Maklumlah praktikum ini memerlukan banyak fokus dan kerja-kerja/tugas yang diberikan, sebagai contoh;

1) Setiap hari kami perlu membuat RPH yang lengkap dan detail.
2) Portfolio dan jurnal perlu di kemaskini setiap hari
3) Tugas/projek perlu dilaksanakan di sekolah.
4) P&P yang diadakan di dalam bilik darjah perlu dinilai(Observe) oleh guru&pensyarah
5) BBM dan Strategi P&P perlu kreatif dan inovatif.

           Cabaran bagi praktikum fasa II ini memang sangat mencabar minda dan fizikal bagi seseorang guru pelatih yang melakukannya dengan penuh dedikasi dan iklas. Namun, apabila mendapat penilaian yang tidak seperti yang diharapakan selalunya mengecewakan niat iklas seseorang guru pelatih untuk melakukan P&P yang terbaik.

     Agak menyimpang pula cerita saya ini...BERBALIK kepada tajuk:
Lawatan pada kali ini merupakan lawatan kali ke-2 kelas kami ke Daerah Ranau bagi tujuan melawat.
Lawatan ini sangat bermanfaat pada pandangan saya kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kami dengan pelbagai aktiviti dan kerjasama dalam mengatur/menguruskan lawatan ini. Bagi saya juga lawatan seperti ini merupakan satu kenangan yang pasti akan diingati selama-lamanya, kerena pelbagai pengalaman yang diperolehi dari segi pelbagai sudut. Suatu hari nanti pasti saya dan kamu merindui akan lawatan bersama ini. Gelak ketawa dan lawak jenaka bersama sepanjang lawatan ini membawa kepada pertalian persahabat yang sukar untuk kita dapatkan setiap hari.. Maka dengan itu hargailah setiap kenangan, masa di dalam kehidupan yang kita sedang lalui pada ketika ini.









No comments:

Post a Comment