Monday, 23 September 2013

Pesta Koir Belia 2013

Pesta Koir Belia 2013

Pesta Koir 2013 diadakan di Paroki Sook Pada 20 - 22 September.
Pesta Koir ini disertai seramai 10 paroki diseluruh keuskupan Keningau, dimana setiap paroki dikehendaki membawa 20-30 orang peserta bagi pertandingan koir. 

Walaupun saya tidak pernah mengikuti pesta koir sebelum ini, namun cerita mengenai pesta koir ini telahpun saya ketahui daripada rakan-rakan. Sebelum ini gereja St Mary's Bingkor penah menyertai pesta koir pada tahun 2011 bertempat di KSFX bagi peringkat KSFX. Pada ketika itu Zon Toboh Laut telah menjuarai pertandingan tersebut dan seterusnya mewakili Paroki KSFX keperingkat Keuskupan di Paroki St Theresa Tambunan.
Pada kali ini saya setelah dilantik untuk melayani di Komisi Belia Keuskupan sejak awal tahun, tugas pertama saya lalui ialah saya telah diamanahkan untuk menjadi Managing Organizing Team (MOT) bagi Stage&Floor Manage dan Documentation bagi pesta koir belia 2013 ini.

Walaupun keadaan saya pada ketika ini sangat sibuk dengan praktikal disekolah, namun saya sangat bersyukur kerana izin Tuhan saya masih mampu memberikan pelayanan saya kepada-Nya di dalam pesta Koir Belia ini dengan baik.
Pelbagai pengalaman yang saya alami semasa menjadi MOT bagi pesta ini.
Antaranya:
1) Mempelajari menguruskan/mentadbir sesuatu pesta yang sangat berprestif di keuskupan
2) Melihat ramai belia yang mempunyai pelbagai talenta(bakat) dalam nyanyian.
3) Mengenali lebih ramai rakan-rakan daripada pelbagai paroki diseluruh keuskupan Keningau
4) Menambah pengalaman sebagai seorang pemimpin belia.
5) Mempertingkatkan lagi komunikasi sesama
6) Mempelajari kelebihan dan kekurangan diri.
7) Menambah Iman pengetahuan mengenai pelayanan.
8) Meningkatkan lagi kehidupan Rohani
9) Mengenali Yesus dengan  Lebih dalam
10) Membantu antara satu sama lain

"Tahniah kepada yang telah menyertai pesta koir belia 2013 ini, semoga kita berjumpa lagi dihari dan masa yang seterusnya"

"Melayani bukan untuk dilayani"

No comments:

Post a Comment