Monday, 9 January 2017

PENGGUNAAN KAEDAH JADUAL BAHAGI DALAM PEMBAHAGIAN NOMBOR BULAT LINGKUNGAN ENAM DIGIT DENGAN SATU DIGIT


PENGGUNAAN KAEDAH JADUAL BAHAGI DALAM PEMBAHAGIAN NOMBOR BULAT LINGKUNGAN ENAM DIGIT DENGAN SATU DIGIT

AMODD DEAL TINGADON
PISMP Matematik Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2011
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah
Pensyarah Penyelia: Puan Liong Kon Thai

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan dan tahap persepsi murid mengenai Kaedah Jadual Bahagi dalam pembahagian nombor bulat lingkungan enam digit dengan satu digit. Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 Cemerlang SK. ST. James Apin-Apin Keningau. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian diagnostik, lembaran kerja, ujian pra, ujian pasca dan borang soal selidik. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui objektif dan persoalan kajian dengan mendapatkan markah dan keputusan daripada ujian diagnostik, ujian pra, intervensi disusuli dengan aktiviti lembaran kerja, ujian pasca dan soal selidik.  Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan, peratus, dan min. Hasil analisis data mendapati berlakunya perubahan min skor yang ketara iaitu peningkatan sebanyak 33.6% dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan soal selidik menunjukkan nilai min yang diperolehi bagi setiap item adalah pada tahap tinggi iaitu min 3.1. Kesimpulanya, hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan Kaedah Jadual Bahagi berkesan dalam pembahagian nombor bulat lingkungan enam digit dengan satu digit dan murid menunjukkan minat yang positif terhadap Kaedah Jadual Bahagi.

Kata Kunci: Kaedah Jadual Bahagi (KJB), Asas Bahagi, Pola-pola Penyelesaian KJB.

ABSTRACT

This action research was conducted to investigate the effect of using the Division Table Method in dividing round numbers within the range of six digits and one digit and the students’ perception of it. The group intended for this research is consist of 10 students of class 5 Cemerlang in Sk St. James, Apin-Apin, Keningau. The instruments used in this research are diagnostic, test, worksheets, pre and post-test and questionnaire form. The data collected is analysed descriptively which frequency, mean and percentage. The result of the analysis shows that there is an apparent change of the mean score which is an improvement of 33.6% in post-test is compared to the pre-test. This research shows that the mean collected for each item is also high which is 3.1. As a conclusion, the results of this study prove that the usage of the Division Table Method is really effective in dividing round numbers within range of six digits and one digit and provides positive impacts to the students who are interested in using the Division Table Method.

Keywords: Division Table Method (DTM), Basic Divide, Solving Pattern DTM.


REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji telah diamanahkan oleh guru pembimbing untuk memulakan PdP pada kelas tersebut dengan menyambung semula topik pembahagian nombor bulat iaitu dalam lingkungan sehingga 1000000. Sebelum memulakan PdP tersebut pengkaji telah membuat satu ujian diagnostik kepada murid Tahun 5 Cemerlang dengan menyediakan soalan asas matematik berdasarkan topik yang telah mereka pelajari sebelum ini dan juga topik yang melibatkan operasi bahagi dengan hasil bahagi sehingga 1000000. Berdasarkan keputusan dan kelemahan yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa murid kelas tersebut perlu diberikan bimbingan mengenai topik yang dipilih iaitu operasi bahagi nombor bulat.

FOKUS KAJIAN

Murid Tahun 5 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Saint James Apin-Apin Keningau menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dalam lingkungan enam digit dengan satu digit. Berdasarkan keputusan analisis ujian diagnostik yang dijalankan, tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan murid terhadap pembahagian nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit adalah dalam tahap pencapaian yang agak rendah. Oleh itu, pengkaji menumpukan kepada kumpulan murid yang mengalami masalah bahagi pada tahap asas yang melibatkan 10 orang responden iaitu keseluruhan murid dalam kelas Tahun 5 Cemerlang. Pengkaji menjalankan kajian menggunakan Kaedah Jadual Bahagi yang dibina sendiri bagi murid Tahun 5 Cemerlang SK ST James Apin-Apin Keningau.

Analisis Masalah
 Hasil daripada ujian diagnostik, murid-murid menunjukkan bahawa kebanyakan menghadapi masalah konsep asas operasi bahagi yang mana mereka tidak mengetahui kaedah menyelesaikan operasi bahagi dalam bentuk lazim, alogoritma menyelesaikan operasi bahagi tidak tepat, dan tidak boleh mendapatkan jawapan yang tepat. Antara punca berlakunya masalah ini adalah disebabkan murid kurang membuat ulangkaji pelajaran di rumah dan kurang menguasai konsep asas matematik. Apabila pengkaji bertanya kepada murid mengapa mereka tidak dapat menyelesaikan soalan tersebut, mereka menyatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Ada sebilangan murid yang langsung tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan:
i)                    Untuk mengenal pasti murid dapat menggunakan Kaedah Jadual Bahagi bagi          menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan satu digit melalui pola-pola yang tepat.
ii)                  Untuk mengenal pasti sama ada penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan nombor satu digit.
iii)                Untuk meninjau tahap persepsi murid terhadap penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan satu digit.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada 10 orang murid SK Saint James Apin-Apin Keningau, Sabah iaitu 5 orang murid pemulihan matematik dan 5 orang murid biasa daripada Tahun 5 Cemerlang. Pencapaian responden adalah pada tahap sederhana kerana 50% daripada bilang responden adalah murid kelas pemulihan dan mempunyai keputusan ujian kurang memuaskan. Taraf status sosial kumpulan sasaran kajian ini kebanyakan adalah tahap sederhana. Majoriti ibu bapa atau penjaga responden kajian adalah petani. Kebanyakan responden adalah berbangsa Dusun dan hanya terdapat seorang yang berbangsa Murut.
PELAKSANAAN TINDAKAN

(i)       Peringkat Merancang (Plan)
Dalam merancang ujian tersebut, pengkaji juga menyediakan soalan ujian diagnostik yang bersesuaian dengan sillibus yang telah diterangkan atau disampaikan kepada murid pada PdP dalam kelas tersebut. Pengkaji telah membina ujian diagnostik tersebut berdasarkan keperluan pengkaji sebagai guru subjek matematik yang akan mengajar mereka sepanjang menjalani latihan mengajar (Praktikum). Pengkaji juga telah merancang kaedah yang sesuai dengan pembahagian nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit iaitu Kaedah Jadual Bahagi..
(ii)     Peringkat Bertindak (Action)
Ujian pra tersebut dijalankan secara formal seperti yang dilaksanakan oleh pengkaji semasa peperiksaan dan ujian setara. Setiap murid diberikan ujian pra dan mereka perlu menjawabnya dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari sebelum ini. Selain itu, pengkaji menjalankan intervensi sebanyak empat kali mengenai kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah melaksanakan sesi intervensi yang menggunakan Kaedah Jadual Bahagi melalui penggunaan slaid “Power Point”, Papan Jadual Bahagi, dan Lembaran Kerja dalam setiap sesi PdP. Intervensi yang dijalankan ini disusuli dengan lembaran kerja bagi setiap intervensi dan dijalankan semasa waktu PdP matematik. Intervensi yang pengkaji telah jalankan adalah secara berperingkat. Selepas selesai keempat-empat sesi intervensi, pengkaji menjalankan ujian pasca iaitu ujian yang menilai keberkesanan rawatan yang dijalankan dengan menggunakan Kaedah Jadual Bahagi. Setelah melaksanakan ujian pasca, satu soal selidik dilaksanakan.






















Berikut adalah pola-pola penggunaan Kaedah Jadual Bahagi:
1.        Bahagian 1 ini merupakan nilai tempat digit yang dengan dibahagikan dan harus ditulis bersaiz lebih besar daripada nombor pada petak lain.
2.      Bahagian 2 pula adalah petak untuk nombor yang didarab daripada petak satu dan merupakan hasil jawapan akhir untuk soalan tersebut
3.      Bahagian 3 adalah ruangan bagi nombor yang hendak dibahagikan yang disusun dari atas ke bawah. Satu petak hanya satu nombor melainkan terdapat bagi hasil tolak yang akan dibawa kehadapan nombor membentuk nombor lebih daripada satu digit. Ruangan ini juga bagi menolak nombor 1 digit dengan nombor hasil darab daripada petak 1.
4.      Bahagian 4 adalah ruangan hasil tolak daripada dua nombor daripada petak 3. Apabila terdapat baki pada ruangan ini iaitu nilai nombor lebih dari satu perlu dibawa kehadapan nombor digit pada petak 3.


(iii)   Peringkat Memerhati
Pada peringkat ini, pengkaji melihat sebarang perubahan dan perkembangan responden berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui instrumen yang digunakan iaitu ujian pra, lembaran kerja dan ujian pasca yang dijalankan. Instrumen soal selidik juga diberikan kepada responden.

(iv)   Peringkat Mereflek
Pada peringkat ini pengkaji membuat refleksi dan rumusan terhadap dapatan kajian yang diperoleh menggunakan instrumen ujian dan soal selidik Selain itu, pengkaji membuat kesimpulan dan menyatakan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam kajian ini terhadap penggunaan Kaedah Jadual Bahagi tersebut. Kitaran gelung kedua akan digunakan sekiranya penambahbaikan perlu dibuat.

Prosedur Mengumpul Data
i)     Ujian Diagnostik
Untuk mendapatkan data mengenai tahap penguasaan yang merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan murid, pengkaji menggunakan ujian diagnostik. Ujian diagnostik merupakan ujian khusus yang berupaya mendiagnosis kekuatan dan kelemahan murid dalam subjek matematik.

ii)   Lembaran kerja
Lembaran kerja diedarkan kepada murid selepas penerangan topik iaitu setiap kali intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau pusat sumber. Lembaran kerja yang dibina mempunyai pemeringkatan daripada aras yang senang kepada sukar. Tujuan lembaran kerja adalah untuk menjawab persoalan kajian pertama yang inigin melihat pola-pola penyelesaian Kaedah Jadual Bahagi.

iii)      Ujian
Ujian yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca iaitu soalan berkaitan operasi bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 enam digit dengan satu digit. Ujian Pra tersebut adalah untuk mendapatkan data awal sebelum sesi intervensi. Manakala ujian pasca digunakan bagi mendapatkan keputusan intervensi melalui penguasaan dan pencapaian murid selepas intervensi. Data ujian-ujian ini digunakan bagi menjawab persoalan kedua kajian ini. Item soalan bagi kedua-dua ujian ini adalah sama namun susunan soalan diubah sedikit daripada asal. Data yang diperolehi dibandingkan dan dianalisis bagi melihat perubahan dan peningkatan pencapaian murid selepas intervensi.

iv)      Soal Selidik
Soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji mempunyai 8 item soalan. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada setiap murid Tahun 5 Cemerlang dan murid menjawab soal selidik ini secara individu yang dibimbing oleh pengkaji bagi mendapatkan jawapan yang jujur dan betul.  Segala maklumat dan dapatan kajian ini, pengkaji merahsiakan untuk menuruti kod etika kerahsiaan kajian. Pengkaji telah merekodkan keputusan dengan menggunakan “Microsoft Exce 2013” dan penganalisisan data berstatistik menggunakan perisan tersebut kerana perisian ini dapat mengira dengan jitu dan tepat tanpa ralat.

Cara Menganalisis Data
Data yang dikumpulkan telah dianalisis mengikut maklumat instrumen yang dikumpulkan. Terdapat empat jenis instrumen yang digunakan iaitu ujian diagnostik, ujian pra, lembaran kerja ujian pasca dan soal selidik. Secara keseluruhannya, pengkaji menganalisis data secara deskriptif, iaitu data dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, min dan peratusan. Menurut Najib (1994) dalam Zubaidah (2011) menyatakan analisis deskriptif dapat memberikan penerangan mengenai sesuatu situasi. Peratus markah murid dalam ujian pra yang diperoleh dibandingkan dengan peratus ujian pasca untuk melihat kesan penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dalam penyelesaiaan masalah pembahagian nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit. Pengkaji menunjukkan data tersebut dalam bentuk frekuensi, min dan peratusan bagi menerangkan hasil analisis ujian tersebut. Tahap penilaian ujian telah mengikut skala pemarkahan standard seperti pada Jadual 1.
Jadual 1: Skala Pemarkahan Standard
Markah %
Gred
Kedudukan
80 – 100
A
Cemerlang
60 – 79
B
Baik
40 – 59
C
Sederhana
0 – 39
D
Lemah

Sumber : Standard Pemarkahan Subjek Matematik Sekolah Rendah.

Bagi menganalisis data soal selidik, pengkaji menggunakan pengukuran skala likert dan hasil
analisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratus, dan min. Pengkaji menggunakan  interpretasi skor min yang dikemukakan oleh Wiersma (1995) yang ditentukan Jamil ( 2002) mengadaptasikan interprestasi min skor seperti dalam Jadual 2 dibawah.

Jadual 2: Interpretasi Skor
Skor Min
Tahap Minat
0.00 – 1.33
Rendah
1.34 – 2.67
Sederhana
2.67 – 4.00
Tinggi

Sumber : Adaptasi daripada Wiersma (1995)

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bahagian ini menerangkan analisis data yang telah diperolehi dan interpretasinya. Data-data dikutip, dikumpul dan dianalisis bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:

Persoalan 1: Adakah murid dapat menggunakan Kaedah Jadual Bahagi untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit melalui pola-pola yang tepat?

Berdasarkan peratus markah pada Jadual 3, setiap lembaran kerja semasa intervensi responden dapat menggunakan pola-pola yang tepat dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi dengan menggunakan Kaedah Jadual bahagi apabila peratus markah yang diperolehi majoriti melebihi 50%. Walaubagaimanapun terdapat beberapa responden yang mendapat peratus kurang daripada 50%, namun masih mendapat markah menunjukkan bahawa reponden dapat menggunakan pola-pola tersebut.
Jadual 3: Peratus Markah Lembaran Kerja Murid Semasa Intervensi

Responden
Markah (%)

Intervensi 1
Intervensi 2
Intervensi 3
Intervensi 4
A
100
33
89
67
B
100
100
100
75
C
100
56
78
100
D
100
100
78
67
E
78
67
78
17
F
100
100
33
75
G
89
100
0
75
H
100
100
100
100
I
100
100
100
100
J
100
100
100
75












Persoalan 2. : Adakah penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid menyelesaikan masalah untuk operasi bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan nombor satu digit?

Persoalan kajian ini untuk mengenalpasti adakah penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan nombor satu digit melalui ujian pra dan ujian pasca.
Jadual 4: Pencapaian Responden
Ujian
Gred
Pra
Pasca
Perubahan (+/-)
Bilangan Murid
Peratus (%)
Bilangan Murid
Peratus (%)
A
2
20
6
60
+40
B
1
10
0
0
-10
C
1
10
4
40
+30
D
6
60
0
0
-60
Berdasarkan jadual 4, jelas menunjukkan bahawa peratus murid mendapat gred semakin meningkat. Responden yang mendapat gred A semasa ujian pra adalah 20% meningkat kepada 40% semasa ujian pasca iaitu 60%. Manakala gred D semasa ujian pra adalah sebanyak 60% menurun kepada 60% semasa ujian pasca iaitu 0% menunujukkan responden telah dapat meningkatkan gred selepas sesi intervensi dilaksanakan.
Jadual 5: Keputusan Murid dalam Ujian Pra dan Pasca
Bil.
Responden
Markah Ujian Pra (%)
Gred Ujian Pra
Markah Ujian Pasca (%)
Gred Ujian Pasca
Peratus perbezaan
(%)
01
A
30
D
80
A
+50
02
B
23
D
90
A
+67
03
C
13
D
80
A
+80
04
D
40
C
40
C
0
05
E
0
D
40
C
+40
06
F
7
D
40
C
+33
07
G
3
D
23
C
+20
08
H
90
A
100
A
+10
09
I
77
B
100
A
+23
10
J
87
A
100
A
+13

MIN
37

69.3

+33.6

Jadual 5 menunjukan taburan perbandingan markah pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pasca. Skala bagi melihat tahap peningkatan gred markah ujian tersebut adalah diambil semasa PdP subjek matematik. Analisis markah ujian pra dan pasca mengikut responden juga telah dilakukan. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan pengkaji mendapati bahawa majoriti responden telah meningkat peratus dan gred daripada ujian pra kepada ujian pasca.















Rajah 2: Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Responden

Rajah 2 menunjukkan perbandingan peratus masalah murid dalam ujian pra dan ujan pasca yang telah dijalankan.  Berdasarkan rajah tersebut jelas menunjukkan bahawa peratus peningkatan pencapaian murid adalah meningkat dengan mendadak. Namun responden D menunjukkan peratus markah yang sama bagi ujian pra dan ujian pasca, manakala murid-murid lain semuanya mendapat peningkatan peratus markah daripada kedua-dua ujian pra dan ujian pasca. Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan peratus sebanyak 40% iaitu ujian pra sebanyak 40% manakala ujian pasca sebanyak 60%. Kesimpulannya, Kaedah Jadual Bahagi dapat meningkatkan pencapaian murid dalam operasi bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit.
Persoalan 3: Apakah tahap persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan satu digit?

Persoalan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi murid mengenai penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan satu digit. Jadual 6 menunjukkan kekerapan, peratus dan min bagi penilaian murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi. Hasil data menunjukkan murid seronok menggunakan Kaedah Jadual Bahagi yang telah pengkaji jalankan berdasarkan dapatan min bagi setiap item adalah tinggi. Kesimpulannya, berdasarkan analisis peratus dan skor min bagi setiap item soal selidik yang telah dilaksanakan iaitu mengenai tahap persepsi minat dan pendangan murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit menunjukkan bahawa minat dan pandangan murid majoritinya adalah tinggi. Secara tidak langsung, analisis bagi instrumen soal selidik ini telah menjawab persoalan kajian 3 iaitu tahap persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan satu digit.



Jadual 6:  Penilaian Murid Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Kaedah Jadual Bahagi
Bil.
ITEM
STS
1
TS
2
S
3
SS
4
MIN
TAHAP SKOR MIN
01
Saya seronok belajar menggunakan kaedah Jadual Bahagi semasa menyelesaikan soalan bahagi.
0
0%
1
10%
3
30%
6
60%
3.5
Tinggi
02
Kaedah Jadual Bahagi menarik minat saya untuk belajar.
0
0%
0
0%
7
70%
3
30%
3.3
Tinggi
03
Pengajaran guru menggunakan Kaedah Jadual Bahagi meningkatkan semangat saya untuk belajar
0
0%
0
0%
3
30%
7
70%
3.7
Tinggi
04
Saya berasa mudah menjawab soalan bahagi menggunakan Kaedah Jadual Bahagi
0
0%
2
20%
3
30%
5
50%
3.3
Tinggi
05
Saya dapat melakukan algoritma bahagi nombor enam digit dengan nombor satu digit.
0
0%
2
20%
4
40%
4
40%
3.2
Tinggi
06
Saya seronok belajar menggunakan kaedah Jadual Bahagi semasa menyelesaikan soalan bahagi.
0
0%
1
10%
5
50%
4
40%
3.3
Tinggi
07
Kaedah Jadual Bahagi menarik minat saya untuk belajar.
0
0%
0
0%
5
50%
5
50%
3.5
Tinggi
08
Saya dapat melakukan algoritma bahagi nombor enam digit nombor satu digit.
0
0%
1
10%
4
40%
5
50%
3.5
Tinggi


DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Persoalan Kajian 1: Adakah murid dapat menggunakan Kaedah Jadual Bahagi untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit melalui pola-pola yang tepat?
Berdasarkan dapatan data melalui instrumen lembaran kerja, didapati peratusan markah murid majoriti mendapat markah lebih daripada 50%. Ini menunjukkan bahawa murid boleh menggunakan Kaedah Jadual Bahagi untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit melalui pola-pola yang tepat. Ini disokong oleh An-Nashmy (1980) yang menyatakan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Seperti Kaedah Jadual Bahagi yang dilaksanakan dalam kajian ini, telah menarik minat responden kerana kaedah ini merupakan satu kaedah berlainan daripada kaedah lazimnya dan mempunyai pola-poa jadual yang memudahkan jalan penyelesaian. Kesimpulanya, Kaedah Jadual Bahagi yang laksanakan ini dapat membantu menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit.
Persoalan Kajian 2. : Adakah penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid menyelesaikan masalah untuk operasi bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit?

Melalui ujian pra dan ujian pasca, hasil dapatan data menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan min yang ketara antara kedua-dua ujian tersebut. Peningkatan min yang berlaku dalam ujian pasca menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan masalah operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit adalah berkesan dalam membantu murid untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi. Hasil dapatan kajian ini melalui ujian pra dan ujian pasca telah menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan min yang ketara antara kedua-dua ujian tersebut. Peningkatan min daripada ujian pasca membuktikan bahawa Kaedah Jadual Bahagi dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit. Selain itu, pencapaian skor min juga telah meningkat dari segi kuantiti iaitu peratus murid gred A dan C telah meningkat. Maka terbuktilah bahawa Kaedah Jadual Bahagi dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam operasi bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit.
Persoalan 3: Apakah persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan satu digit?
Berdasarkan analisis data soal selidik mengenai persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi, didapati bahawa murid memberikan tahap tanggapan dan minat yang positif terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan operasi bahagi lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit. Bukti data ini adalah melalui dapatan peratusan yang tinggi bagi item “Sangat Setuju” dan “Setuju” yang menunjukkan bahawa murid bersetuju dengan kenyataan item tersebut. Maka itu, selepas murid menjalankan sesi intervensi menggunakan Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan masalah operasi bahagi lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit mereka telah menyatakan persepsi yang positif. Pengkaji berpendapat bahawa persepsi murid sangat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian subjek matematik di sekolah. Andaikata murid mempunyai persepsi yang negatif terhadap topik bahagi, seperti susah, bosan dan sebagainya akan menyebabkan minat dan motivasi murid untuk belajar topik tersebut berkurangan. Kesan persepsi ini boleh memberikan kesan yang berpanjangan kepada seseorang murid.
REFLEKSI

Tugasan ini memberikan pengkaji pengalaman yang sangat menarik dan memberikan kemahiran berfikir secara lebih kreatif dan inovatif bagi menguruskan atau menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, harapan pengkaji terhadap kajian ini memberikan manfaat kepada responden pengkaji iaitu murid–murid Tahun 5 Cemerlang Sekolah Rendah Kebangsaan Saint James Apin-Apin, Keningau, Sabah. Melalui kajian ini mungkin akan membantu para murid untuk lebih menguasai dan memahami konsep bahagi dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini di samping memperoleh keputusan yang cemerlang terutama dalam UPSR.

CADANGAN

Kajian ini dijalankan hanya di sebuah sekolah melibatkan murid sebuah kelas sahaja. Oleh sebab itu, skop boleh diperluaskan dengan melibatkan kelas-kelas lain. Selain itu, kajian ini hanya dilaksanakan dalam masa empat minggu yang menfokuskan kepada satu kemahiran sahaja. Kajian lanjutan boleh dijalankan agar pelaksanaan kajian ini dijalankan dengan merangkumi beberapa kemahiran atau topik. Pengkaji membincangkan kesan penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dan persepsi murid terhadap kaedah ini dengan berdasarkan kepada instrumen ujian diagnostik, lembaran kerja, ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan boleh menggunakan instrumen yang lebih banyak seperti temu bual, pemerhatian, rakaman audio dan video supaya data-data yang dikumpul lebih mendalam. Secara keseluruhannya, masih banyak aspek lagi yang boleh diperbaiki agar kajian ini lebih mantap dan kukuh. Sebagai seorang guru, kajian seperti ini perlulah sentiasa diambil insiatif dan pembelajaran yang berterusan bagi kepentingan kecemerlangan murid dari masa ke semasa agar peningkatan akedemik murid dapat dikecapi.
RUJUKAN
Al-Nashmy, Ajil Jasim Dr., (1980). Maalim fi al-Tarbiyyah. Al-Kwety: Maktabah al-Monar
        al-Islamiyah

AG Norsyam Bin AG.Kadir (2013). Penggunaan Kaedah Bahagi Palang Untuk Membantu Mengatasi Masalah Murid 4 Rasional, Melibatkan Operasi Bahagi Nombor Dalam Lingkungan 100 000 Dengan Nombor Satu Digit Di Sk.Magatang, Keningau.Tesis Tidak Diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Frederic Justin (2013). Penggunaan Teknik “SPAD” dalam kemahiran membahagi  Nombor bulat sehingga 1000 000 dengan dua digit murid tahun 4 cemerlang di SK. Patikang Laut, Keningau. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah.

Jamal Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru Di Sekolah Satu Penilaian Tesis Dr Fal. Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (Eds.). (1988). The action research (ed.Ke-3). Geelong: Deakin University Press.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (1994). Penyelidikan Pendidikan Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Salmi, J. dan A. Verspoor, eds, (1994). Revitalizing Higher Education. Oxford Pergamon.

Wiersma, W. (1995). “Research Methods in Education: 6th Edition. New York: Allyn and Bacon.

Zubaidah Begam Mohamed Zakaria (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan  Pencapaian Akademik: Tinjauan di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

No comments:

Post a Comment