PENGGUNAAN KAEDAH JADUAL BAHAGI
DALAM PEMBAHAGIAN NOMBOR BULAT LINGKUNGAN ENAM DIGIT DENGAN SATU DIGIT
AMODD DEAL TINGADON
PISMP
Matematik Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2011
Institut
Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah
Pensyarah
Penyelia: Puan Liong Kon Thai
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini
dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan dan tahap persepsi murid mengenai
Kaedah Jadual Bahagi dalam pembahagian nombor bulat lingkungan enam digit
dengan satu digit. Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada 10 orang
murid Tahun 5 Cemerlang SK. ST. James Apin-Apin Keningau. Instrumen kajian yang
digunakan ialah ujian diagnostik, lembaran kerja, ujian pra, ujian pasca dan
borang soal selidik. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui objektif dan
persoalan kajian dengan mendapatkan markah dan keputusan daripada ujian
diagnostik, ujian pra, intervensi disusuli dengan aktiviti lembaran kerja, ujian
pasca dan soal selidik. Data dianalisis
secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan, peratus, dan min. Hasil
analisis data mendapati berlakunya perubahan min skor yang ketara iaitu
peningkatan sebanyak 33.6% dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan soal
selidik menunjukkan nilai min yang diperolehi bagi setiap item adalah pada
tahap tinggi iaitu min 3.1. Kesimpulanya, hasil kajian membuktikan bahawa
penggunaan Kaedah Jadual Bahagi berkesan dalam pembahagian nombor bulat
lingkungan enam digit dengan satu digit dan murid menunjukkan minat yang
positif terhadap Kaedah Jadual Bahagi.
Kata Kunci:
Kaedah Jadual Bahagi (KJB), Asas Bahagi, Pola-pola Penyelesaian KJB.
ABSTRACT
This
action research was conducted to investigate the effect of using the Division
Table Method in dividing round numbers within the range of six digits and one
digit and the students’ perception of it. The group intended for this research
is consist of 10 students of class 5 Cemerlang in Sk St. James, Apin-Apin,
Keningau. The instruments used in this research are diagnostic, test,
worksheets, pre and post-test and questionnaire form. The data collected is
analysed descriptively which frequency, mean and percentage. The result of the
analysis shows that there is an apparent change of the mean score which is an
improvement of 33.6% in post-test is compared to the pre-test. This research
shows that the mean collected for each item is also high which is 3.1. As a
conclusion, the results of this study prove that the usage of the Division
Table Method is really effective in dividing round numbers within range of six
digits and one digit and provides positive impacts to the students who are
interested in using the Division Table Method.
Keywords:
Division Table Method (DTM), Basic Divide, Solving Pattern DTM.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pengkaji
telah diamanahkan oleh guru pembimbing untuk memulakan PdP pada kelas tersebut
dengan menyambung semula topik pembahagian nombor bulat iaitu dalam lingkungan
sehingga 1000000. Sebelum memulakan PdP tersebut pengkaji telah membuat satu
ujian diagnostik kepada murid Tahun 5 Cemerlang dengan menyediakan soalan asas
matematik berdasarkan topik yang telah mereka pelajari sebelum ini dan juga
topik yang melibatkan operasi bahagi dengan hasil bahagi sehingga 1000000.
Berdasarkan keputusan dan kelemahan yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa
murid kelas tersebut perlu diberikan bimbingan mengenai topik yang dipilih iaitu
operasi bahagi nombor bulat.
FOKUS KAJIAN
Murid
Tahun 5 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Saint James Apin-Apin Keningau menghadapi
masalah dalam menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dalam lingkungan enam
digit dengan satu digit. Berdasarkan keputusan analisis ujian diagnostik yang
dijalankan, tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan murid terhadap
pembahagian nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu
digit adalah dalam tahap pencapaian yang agak rendah. Oleh itu, pengkaji menumpukan
kepada kumpulan murid yang mengalami masalah bahagi pada tahap asas yang
melibatkan 10 orang responden iaitu keseluruhan murid dalam kelas Tahun 5
Cemerlang. Pengkaji menjalankan kajian menggunakan Kaedah Jadual Bahagi yang
dibina sendiri bagi murid Tahun 5 Cemerlang SK ST James Apin-Apin Keningau.
Analisis
Masalah
Hasil daripada ujian diagnostik, murid-murid
menunjukkan bahawa kebanyakan menghadapi masalah konsep asas operasi bahagi
yang mana mereka tidak mengetahui kaedah menyelesaikan operasi bahagi dalam
bentuk lazim, alogoritma menyelesaikan operasi bahagi tidak tepat, dan tidak
boleh mendapatkan jawapan yang tepat. Antara punca berlakunya masalah ini
adalah disebabkan murid kurang membuat ulangkaji pelajaran di rumah dan kurang
menguasai konsep asas matematik. Apabila pengkaji bertanya kepada murid mengapa
mereka tidak dapat menyelesaikan soalan tersebut, mereka menyatakan bahawa
mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Ada sebilangan murid yang
langsung tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut.
Kajian ini
dijalankan:
i)
Untuk
mengenal pasti murid dapat menggunakan Kaedah Jadual Bahagi bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi
bagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan satu
digit melalui pola-pola yang tepat.
ii)
Untuk
mengenal pasti sama ada penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid
menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara
enam digit dengan nombor satu digit.
iii)
Untuk
meninjau tahap persepsi murid terhadap penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dalam
menyelesaikan soalan operasi bahagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000
antara enam digit dengan satu digit.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian terdiri
daripada 10 orang murid SK Saint James Apin-Apin Keningau, Sabah iaitu 5 orang
murid pemulihan matematik dan 5 orang murid biasa daripada Tahun 5 Cemerlang.
Pencapaian responden adalah pada tahap sederhana kerana 50% daripada bilang
responden adalah murid kelas pemulihan dan mempunyai keputusan ujian kurang memuaskan.
Taraf status sosial kumpulan sasaran kajian ini kebanyakan adalah tahap
sederhana. Majoriti ibu bapa atau penjaga responden kajian adalah petani.
Kebanyakan responden adalah berbangsa Dusun dan hanya terdapat seorang yang
berbangsa Murut.
PELAKSANAAN TINDAKAN
(i) Peringkat
Merancang (Plan)
Dalam merancang ujian tersebut,
pengkaji juga menyediakan soalan ujian diagnostik yang bersesuaian dengan
sillibus yang telah diterangkan atau disampaikan kepada murid pada PdP dalam
kelas tersebut. Pengkaji telah membina ujian diagnostik tersebut berdasarkan
keperluan pengkaji sebagai guru subjek matematik yang akan mengajar mereka
sepanjang menjalani latihan mengajar (Praktikum). Pengkaji juga telah merancang
kaedah yang sesuai dengan pembahagian nombor bulat dalam lingkungan 1000000
antara enam digit dengan satu digit iaitu Kaedah Jadual Bahagi..
(ii) Peringkat
Bertindak (Action)
Ujian
pra tersebut dijalankan secara formal seperti yang dilaksanakan oleh pengkaji
semasa peperiksaan dan ujian setara. Setiap murid diberikan ujian pra dan
mereka perlu menjawabnya dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka
pelajari sebelum ini. Selain itu, pengkaji menjalankan intervensi sebanyak empat
kali mengenai kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Bagi mencapai objektif
kajian ini, pengkaji telah melaksanakan sesi intervensi yang menggunakan Kaedah
Jadual Bahagi melalui penggunaan slaid “Power
Point”, Papan Jadual Bahagi, dan Lembaran Kerja dalam setiap sesi PdP.
Intervensi yang dijalankan ini disusuli dengan lembaran kerja bagi setiap
intervensi dan dijalankan semasa waktu PdP matematik. Intervensi yang pengkaji telah
jalankan adalah secara berperingkat. Selepas selesai keempat-empat sesi
intervensi, pengkaji menjalankan ujian pasca iaitu ujian yang menilai
keberkesanan rawatan yang dijalankan dengan menggunakan Kaedah Jadual Bahagi.
Setelah melaksanakan ujian pasca, satu soal selidik dilaksanakan.
Berikut adalah pola-pola penggunaan
Kaedah Jadual Bahagi:
1.
Bahagian 1 ini merupakan nilai tempat
digit yang dengan dibahagikan dan harus ditulis bersaiz lebih besar daripada
nombor pada petak lain.
2. Bahagian
2 pula adalah petak untuk nombor yang didarab daripada petak satu dan merupakan
hasil jawapan akhir untuk soalan tersebut
3. Bahagian
3 adalah ruangan bagi nombor yang hendak dibahagikan yang disusun dari atas ke bawah.
Satu petak hanya satu nombor melainkan terdapat bagi hasil tolak yang akan
dibawa kehadapan nombor membentuk nombor lebih daripada satu digit. Ruangan ini
juga bagi menolak nombor 1 digit dengan nombor hasil darab daripada petak 1.
4. Bahagian
4 adalah ruangan hasil tolak daripada dua nombor daripada petak 3. Apabila
terdapat baki pada ruangan ini iaitu nilai nombor lebih dari satu perlu dibawa
kehadapan nombor digit pada petak 3.
(iii) Peringkat
Memerhati
Pada
peringkat ini, pengkaji melihat sebarang perubahan dan perkembangan responden
berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui instrumen yang digunakan iaitu
ujian pra, lembaran kerja dan ujian pasca yang dijalankan. Instrumen soal
selidik juga diberikan kepada responden.
(iv) Peringkat
Mereflek
Pada
peringkat ini pengkaji membuat refleksi dan rumusan terhadap dapatan kajian
yang diperoleh menggunakan instrumen ujian dan soal selidik Selain itu,
pengkaji membuat kesimpulan dan menyatakan penambahbaikan yang perlu dilakukan
dalam kajian ini terhadap penggunaan Kaedah Jadual Bahagi tersebut. Kitaran
gelung kedua akan digunakan sekiranya penambahbaikan perlu dibuat.
Prosedur Mengumpul Data
i) Ujian
Diagnostik
Untuk
mendapatkan data mengenai tahap penguasaan yang merangkumi aspek kekuatan dan
kelemahan murid, pengkaji menggunakan ujian diagnostik. Ujian diagnostik
merupakan ujian khusus yang berupaya mendiagnosis kekuatan dan kelemahan murid
dalam subjek matematik.
ii) Lembaran
kerja
Lembaran
kerja diedarkan kepada murid selepas penerangan topik iaitu setiap kali
intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau pusat sumber. Lembaran kerja
yang dibina mempunyai pemeringkatan daripada aras yang senang kepada sukar. Tujuan
lembaran kerja adalah untuk menjawab persoalan kajian pertama yang inigin
melihat pola-pola penyelesaian Kaedah Jadual Bahagi.
iii) Ujian
Ujian
yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca iaitu soalan berkaitan operasi
bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 enam digit dengan satu digit. Ujian Pra
tersebut adalah untuk mendapatkan data awal sebelum sesi intervensi. Manakala
ujian pasca digunakan bagi mendapatkan keputusan intervensi melalui penguasaan
dan pencapaian murid selepas intervensi. Data ujian-ujian ini digunakan bagi
menjawab persoalan kedua kajian ini. Item soalan bagi kedua-dua ujian ini
adalah sama namun susunan soalan diubah sedikit daripada asal. Data yang
diperolehi dibandingkan dan dianalisis bagi melihat perubahan dan peningkatan
pencapaian murid selepas intervensi.
iv) Soal
Selidik
Soal
selidik yang dijalankan oleh pengkaji mempunyai 8 item soalan. Borang soal
selidik ini telah diedarkan kepada setiap murid Tahun 5 Cemerlang dan murid
menjawab soal selidik ini secara individu yang dibimbing oleh pengkaji bagi
mendapatkan jawapan yang jujur dan betul.
Segala maklumat dan dapatan kajian ini, pengkaji merahsiakan untuk
menuruti kod etika kerahsiaan kajian. Pengkaji telah merekodkan keputusan
dengan menggunakan “Microsoft Exce 2013”
dan penganalisisan data berstatistik menggunakan perisan tersebut kerana
perisian ini dapat mengira dengan jitu dan tepat tanpa ralat.
Cara
Menganalisis Data
Data
yang dikumpulkan telah dianalisis mengikut maklumat instrumen yang dikumpulkan.
Terdapat empat jenis instrumen yang digunakan iaitu ujian diagnostik, ujian
pra, lembaran kerja ujian pasca dan soal selidik. Secara keseluruhannya,
pengkaji menganalisis data secara deskriptif, iaitu data dipersembahkan dalam
bentuk frekuensi, min dan peratusan. Menurut Najib (1994) dalam Zubaidah (2011)
menyatakan analisis deskriptif dapat memberikan penerangan mengenai sesuatu
situasi. Peratus markah murid dalam ujian pra yang diperoleh dibandingkan
dengan peratus ujian pasca untuk melihat kesan penggunaan Kaedah Jadual Bahagi
dalam penyelesaiaan masalah pembahagian nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam
digit dengan satu digit. Pengkaji menunjukkan data tersebut dalam bentuk
frekuensi, min dan peratusan bagi menerangkan hasil analisis ujian tersebut.
Tahap penilaian ujian telah mengikut skala pemarkahan standard seperti pada Jadual
1.
Jadual
1: Skala Pemarkahan Standard
Markah %
|
Gred
|
Kedudukan
|
80 – 100
|
A
|
Cemerlang
|
60 – 79
|
B
|
Baik
|
40 – 59
|
C
|
Sederhana
|
0 – 39
|
D
|
Lemah
|
Sumber : Standard Pemarkahan
Subjek Matematik Sekolah Rendah.
Bagi
menganalisis data soal selidik, pengkaji menggunakan pengukuran skala likert
dan hasil
analisis
dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratus, dan min. Pengkaji
menggunakan interpretasi skor min yang
dikemukakan oleh Wiersma (1995) yang ditentukan Jamil ( 2002) mengadaptasikan
interprestasi min skor seperti dalam Jadual 2 dibawah.
Jadual 2: Interpretasi Skor
Skor Min
|
Tahap Minat
|
0.00 – 1.33
|
Rendah
|
1.34 – 2.67
|
Sederhana
|
2.67 – 4.00
|
Tinggi
|
Sumber
: Adaptasi daripada Wiersma (1995)
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bahagian
ini menerangkan analisis data yang telah diperolehi dan interpretasinya.
Data-data dikutip, dikumpul dan dianalisis bagi menjawab persoalan-persoalan
berikut:
Persoalan 1: Adakah murid dapat
menggunakan Kaedah Jadual Bahagi untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi
nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit
melalui pola-pola yang tepat?
Berdasarkan peratus markah pada
Jadual 3, setiap lembaran kerja semasa intervensi responden dapat menggunakan
pola-pola yang tepat dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi dengan
menggunakan Kaedah Jadual bahagi apabila peratus markah yang diperolehi
majoriti melebihi 50%. Walaubagaimanapun terdapat beberapa responden yang
mendapat peratus kurang daripada 50%, namun masih mendapat markah menunjukkan
bahawa reponden dapat menggunakan pola-pola tersebut.
Jadual
3: Peratus Markah Lembaran Kerja Murid
Semasa Intervensi
Responden
|
Markah (%)
|
|||
Intervensi 1
|
Intervensi 2
|
Intervensi 3
|
Intervensi 4
|
|
A
|
100
|
33
|
89
|
67
|
B
|
100
|
100
|
100
|
75
|
C
|
100
|
56
|
78
|
100
|
D
|
100
|
100
|
78
|
67
|
E
|
78
|
67
|
78
|
17
|
F
|
100
|
100
|
33
|
75
|
G
|
89
|
100
|
0
|
75
|
H
|
100
|
100
|
100
|
100
|
I
|
100
|
100
|
100
|
100
|
J
|
100
|
100
|
100
|
75
|
Persoalan 2. : Adakah penggunaan
Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid menyelesaikan masalah untuk operasi
bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan
nombor satu digit?
Persoalan kajian ini untuk
mengenalpasti adakah penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid
menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara
enam digit dengan nombor satu digit melalui ujian pra dan ujian pasca.
Jadual
4: Pencapaian Responden
Ujian
|
|||||
Gred
|
Pra
|
Pasca
|
Perubahan
(+/-)
|
||
Bilangan Murid
|
Peratus (%)
|
Bilangan Murid
|
Peratus (%)
|
||
A
|
2
|
20
|
6
|
60
|
+40
|
B
|
1
|
10
|
0
|
0
|
-10
|
C
|
1
|
10
|
4
|
40
|
+30
|
D
|
6
|
60
|
0
|
0
|
-60
|
Berdasarkan jadual 4, jelas
menunjukkan bahawa peratus murid mendapat gred semakin meningkat. Responden
yang mendapat gred A semasa ujian pra adalah 20% meningkat kepada 40% semasa
ujian pasca iaitu 60%. Manakala gred D semasa ujian pra adalah sebanyak 60%
menurun kepada 60% semasa ujian pasca iaitu 0% menunujukkan responden telah
dapat meningkatkan gred selepas sesi intervensi dilaksanakan.
Jadual 5: Keputusan Murid dalam Ujian Pra dan Pasca
Bil.
|
Responden
|
Markah Ujian
Pra (%)
|
Gred Ujian Pra
|
Markah Ujian
Pasca (%)
|
Gred Ujian
Pasca
|
Peratus
perbezaan
(%)
|
01
|
A
|
30
|
D
|
80
|
A
|
+50
|
02
|
B
|
23
|
D
|
90
|
A
|
+67
|
03
|
C
|
13
|
D
|
80
|
A
|
+80
|
04
|
D
|
40
|
C
|
40
|
C
|
0
|
05
|
E
|
0
|
D
|
40
|
C
|
+40
|
06
|
F
|
7
|
D
|
40
|
C
|
+33
|
07
|
G
|
3
|
D
|
23
|
C
|
+20
|
08
|
H
|
90
|
A
|
100
|
A
|
+10
|
09
|
I
|
77
|
B
|
100
|
A
|
+23
|
10
|
J
|
87
|
A
|
100
|
A
|
+13
|
MIN
|
37
|
69.3
|
+33.6
|
Jadual
5 menunjukan taburan perbandingan markah pencapaian responden dalam ujian pra
dan ujian pasca. Skala bagi melihat tahap peningkatan gred markah ujian
tersebut adalah diambil semasa PdP subjek matematik. Analisis markah ujian pra
dan pasca mengikut responden juga telah dilakukan. Berdasarkan analisis yang
telah dilakukan pengkaji mendapati bahawa majoriti responden telah meningkat
peratus dan gred daripada ujian pra kepada ujian pasca.
Rajah
2: Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra
dan Ujian Pasca Responden
Rajah 2 menunjukkan perbandingan
peratus masalah murid dalam ujian pra dan ujan pasca yang telah
dijalankan. Berdasarkan rajah tersebut
jelas menunjukkan bahawa peratus peningkatan pencapaian murid adalah meningkat
dengan mendadak. Namun responden D menunjukkan peratus markah yang sama bagi
ujian pra dan ujian pasca, manakala murid-murid lain semuanya mendapat
peningkatan peratus markah daripada kedua-dua ujian pra dan ujian pasca. Secara
keseluruhannya, terdapat perbezaan peratus sebanyak 40% iaitu ujian pra sebanyak
40% manakala ujian pasca sebanyak 60%. Kesimpulannya, Kaedah Jadual Bahagi
dapat meningkatkan pencapaian murid dalam operasi bahagi nombor bulat
lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit.
Persoalan 3: Apakah tahap
persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan soalan operasi
bahagi bagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam digit dengan
satu digit?
Persoalan kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap persepsi murid mengenai penggunaan Kaedah Jadual
Bahagi dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat yang kurang
daripada 1000000 antara enam digit dengan satu digit. Jadual 6 menunjukkan
kekerapan, peratus dan min bagi penilaian murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi. Hasil
data menunjukkan murid seronok menggunakan Kaedah Jadual Bahagi yang telah
pengkaji jalankan berdasarkan dapatan min bagi setiap item adalah tinggi.
Kesimpulannya, berdasarkan analisis peratus dan skor min bagi setiap item soal
selidik yang telah dilaksanakan iaitu mengenai tahap persepsi minat dan
pendangan murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan operasi
bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit
menunjukkan bahawa minat dan pandangan murid majoritinya adalah tinggi. Secara
tidak langsung, analisis bagi instrumen soal selidik ini telah menjawab
persoalan kajian 3 iaitu tahap persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam
menyelesaikan soalan operasi bahagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara
enam digit dengan satu digit.
Jadual
6: Penilaian
Murid Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Kaedah Jadual Bahagi
Bil.
|
ITEM
|
STS
1
|
TS
2
|
S
3
|
SS
4
|
MIN
|
TAHAP
SKOR MIN
|
01
|
Saya seronok
belajar menggunakan kaedah Jadual Bahagi semasa menyelesaikan soalan bahagi.
|
0
0%
|
1
10%
|
3
30%
|
6
60%
|
3.5
|
Tinggi
|
02
|
Kaedah Jadual Bahagi menarik
minat saya untuk belajar.
|
0
0%
|
0
0%
|
7
70%
|
3
30%
|
3.3
|
Tinggi
|
03
|
Pengajaran
guru menggunakan Kaedah Jadual Bahagi meningkatkan semangat saya untuk
belajar
|
0
0%
|
0
0%
|
3
30%
|
7
70%
|
3.7
|
Tinggi
|
04
|
Saya berasa mudah menjawab
soalan bahagi menggunakan Kaedah Jadual Bahagi
|
0
0%
|
2
20%
|
3
30%
|
5
50%
|
3.3
|
Tinggi
|
05
|
Saya dapat
melakukan algoritma bahagi nombor enam digit dengan nombor satu digit.
|
0
0%
|
2
20%
|
4
40%
|
4
40%
|
3.2
|
Tinggi
|
06
|
Saya seronok belajar
menggunakan kaedah Jadual Bahagi semasa menyelesaikan soalan bahagi.
|
0
0%
|
1
10%
|
5
50%
|
4
40%
|
3.3
|
Tinggi
|
07
|
Kaedah Jadual
Bahagi menarik minat saya untuk belajar.
|
0
0%
|
0
0%
|
5
50%
|
5
50%
|
3.5
|
Tinggi
|
08
|
Saya dapat melakukan algoritma
bahagi nombor enam digit nombor satu digit.
|
0
0%
|
1
10%
|
4
40%
|
5
50%
|
3.5
|
Tinggi
|
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Persoalan
Kajian 1: Adakah murid dapat menggunakan Kaedah Jadual Bahagi untuk
menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000
antara enam digit dengan satu digit melalui pola-pola yang tepat?
Berdasarkan dapatan data melalui
instrumen lembaran kerja, didapati peratusan markah murid majoriti mendapat
markah lebih daripada 50%. Ini menunjukkan bahawa murid boleh menggunakan
Kaedah Jadual Bahagi untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi bagi nombor
bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit melalui
pola-pola yang tepat. Ini disokong oleh An-Nashmy (1980) yang menyatakan supaya
guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada
kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan
menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang
padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.
Seperti Kaedah Jadual Bahagi yang dilaksanakan dalam kajian ini, telah menarik
minat responden kerana kaedah ini merupakan satu kaedah berlainan daripada kaedah
lazimnya dan mempunyai pola-poa jadual yang memudahkan jalan penyelesaian.
Kesimpulanya, Kaedah Jadual Bahagi yang laksanakan ini dapat membantu
menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam digit dengan
satu digit.
Persoalan Kajian 2. : Adakah
penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dapat membantu murid menyelesaikan masalah
untuk operasi bahagi bagi nombor bulat dalam lingkungan 1000000 antara enam
digit dengan satu digit?
Melalui ujian pra dan ujian
pasca, hasil dapatan data menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan min yang
ketara antara kedua-dua ujian tersebut. Peningkatan min yang berlaku dalam
ujian pasca menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah Jadual Bahagi
dalam menyelesaikan masalah operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000
antara enam digit dengan satu digit adalah berkesan dalam membantu murid untuk
menyelesaikan soalan operasi bahagi. Hasil dapatan kajian ini melalui ujian pra
dan ujian pasca telah menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan min yang ketara
antara kedua-dua ujian tersebut. Peningkatan min daripada ujian pasca
membuktikan bahawa Kaedah Jadual Bahagi dapat meningkatkan pencapaian
murid-murid dalam operasi bahagi bagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara
enam digit dengan satu digit. Selain itu, pencapaian skor min juga telah
meningkat dari segi kuantiti iaitu peratus murid gred A dan C telah meningkat.
Maka terbuktilah bahawa Kaedah Jadual Bahagi dapat meningkatkan pencapaian
murid-murid dalam operasi bahagi nombor bulat lingkungan 1000000 antara enam
digit dengan satu digit.
Persoalan
3: Apakah persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan
soalan operasi bahagi nombor bulat yang kurang daripada 1000000 antara enam
digit dengan satu digit?
Berdasarkan analisis data soal
selidik mengenai persepsi murid terhadap Kaedah Jadual Bahagi, didapati bahawa
murid memberikan tahap tanggapan dan minat yang positif terhadap Kaedah Jadual
Bahagi dalam menyelesaikan operasi bahagi lingkungan 1000000 antara enam digit dengan
satu digit. Bukti data ini adalah melalui dapatan peratusan yang tinggi bagi
item “Sangat Setuju” dan “Setuju” yang menunjukkan bahawa murid bersetuju
dengan kenyataan item tersebut. Maka itu, selepas murid menjalankan sesi
intervensi menggunakan Kaedah Jadual Bahagi dalam menyelesaikan masalah operasi
bahagi lingkungan 1000000 antara enam digit dengan satu digit mereka telah menyatakan
persepsi yang positif. Pengkaji berpendapat bahawa persepsi murid sangat
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian subjek matematik
di sekolah. Andaikata murid mempunyai persepsi yang negatif terhadap topik
bahagi, seperti susah, bosan dan sebagainya akan menyebabkan minat dan motivasi
murid untuk belajar topik tersebut berkurangan. Kesan persepsi ini boleh
memberikan kesan yang berpanjangan kepada seseorang murid.
REFLEKSI
Tugasan
ini memberikan pengkaji pengalaman yang sangat menarik dan memberikan kemahiran
berfikir secara lebih kreatif dan inovatif bagi menguruskan atau menyelesaikan
sesuatu permasalahan. Selain itu,
harapan pengkaji terhadap kajian ini memberikan manfaat kepada responden
pengkaji iaitu murid–murid Tahun 5 Cemerlang Sekolah Rendah Kebangsaan Saint
James Apin-Apin, Keningau, Sabah. Melalui kajian ini mungkin akan membantu para
murid untuk lebih menguasai dan memahami konsep bahagi dengan lebih kukuh
berbanding sebelum ini di samping memperoleh keputusan yang cemerlang terutama
dalam UPSR.
CADANGAN
Kajian
ini dijalankan hanya di sebuah sekolah melibatkan murid sebuah kelas sahaja.
Oleh sebab itu, skop boleh diperluaskan dengan melibatkan kelas-kelas lain.
Selain itu, kajian ini hanya dilaksanakan dalam masa empat minggu yang
menfokuskan kepada satu kemahiran sahaja. Kajian lanjutan boleh dijalankan agar
pelaksanaan kajian ini dijalankan dengan merangkumi beberapa kemahiran atau
topik. Pengkaji membincangkan kesan penggunaan Kaedah Jadual Bahagi dan
persepsi murid terhadap kaedah ini dengan berdasarkan kepada instrumen ujian
diagnostik, lembaran kerja, ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Pengkaji
mencadangkan agar kajian lanjutan boleh menggunakan instrumen yang lebih banyak
seperti temu bual, pemerhatian, rakaman audio dan video supaya data-data yang
dikumpul lebih mendalam. Secara keseluruhannya, masih banyak aspek lagi yang
boleh diperbaiki agar kajian ini lebih mantap dan kukuh. Sebagai seorang guru,
kajian seperti ini perlulah sentiasa diambil insiatif dan pembelajaran yang
berterusan bagi kepentingan kecemerlangan murid dari masa ke semasa agar
peningkatan akedemik murid dapat dikecapi.
RUJUKAN
Al-Nashmy, Ajil Jasim Dr., (1980). Maalim fi
al-Tarbiyyah. Al-Kwety: Maktabah al-Monar
al-Islamiyah
AG
Norsyam Bin AG.Kadir (2013). Penggunaan
Kaedah Bahagi Palang Untuk Membantu Mengatasi Masalah Murid 4 Rasional,
Melibatkan Operasi Bahagi Nombor Dalam Lingkungan 100 000 Dengan Nombor Satu
Digit Di Sk.Magatang, Keningau.Tesis Tidak Diterbitkan. Institut Pendidikan
Guru Kampus Keningau.
Frederic
Justin (2013). Penggunaan Teknik “SPAD”
dalam kemahiran membahagi Nombor bulat
sehingga 1000 000 dengan dua digit murid tahun 4 cemerlang di SK. Patikang
Laut, Keningau. Tesis tidak diterbitkan.
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah.
Jamal
Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya
Penyelidikan Dikalangan Guru Di Sekolah Satu Penilaian Tesis Dr Fal. Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kemmis,
S., & McTaggart, R. (Eds.). (1988). The
action research (ed.Ke-3). Geelong: Deakin University Press.
Mohd
Najib Abdul Ghaffar (1994). Penyelidikan
Pendidikan Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Salmi,
J. dan A. Verspoor, eds, (1994). Revitalizing
Higher Education. Oxford Pergamon.
Wiersma, W. (1995). “Research Methods in Education: 6th Edition.
New York: Allyn and Bacon.
Zubaidah
Begam Mohamed Zakaria (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik: Tinjauan di Kalangan
Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia.