Perkara yang paling indah dalam hidup saya adalah melayani diladang Tuhan. Walaupun iman saya tidaklah besar sangat atau hebat manapun namun hati saya sentiasa terdorong untuk melayani sesama. Walaupun saya tidak selalunya diatas, maksud saya disini saya juga orang yang lemah dan lalai yang pasti akan terjatuh ke dalam dosa. Namun, saya percaya bahawa kuasa Roh Kudus sentias membantu saya dalam menjalani hidup ini. Yesus tidak akan membiarkan saya bersendirian. Dia tahu akan keperluan dalam hidup ini. Sesungguhnya bukan senang untuk melalui segala permasalahan, kita tidak dapat lari daripada masalah. Kita perlu hadapi masalah tersebut walau mana berat, deras, susah, sakit, dan menderita, Ini kerana klu kita tidak lalui semuanya itu bagaimanakah kita hendak meneruskan kehidupan dihadapan kita yang lebih mencabar. Kita perlu sentiasa bersiap sedia seperti Yesus yang sentiasa bersiap sedia melawan kejahatan di dunia ini dengan penuh kasih. Saya sangat mencintai pelayanan saya, kerana saya merasakan dalam pelayanan saya itulah kekuatan hidup saya ini. Dalam impian saya sebelum ini untuk memilih pasangan pernah berkata bahawa saya mahu memilih pasangan hidup saya yang dapat melayani sama seperti yang saya lakukan. Bukan senang untuk memilih orang seperti ini kan? Ianya mengambil masa yang sangat lama utk menemuinya. Namun apabila kita bersama orang seperti ini kita perlu menghargai dan menghormatinya segenap hati kita dengan cinta kasih Kristus.
Semoga Tuhan Yesus Sentiasa memberkati setiap apa yang saya lakukan untuk kebaikan bersama dan pembangunan iman bersama serta menyebarkan cinta kasih Yesus kepada semua bangsa di dunia. Amen
No comments:
Post a Comment