KENINGAU, 29-31 OGOS 2014:
Pemilihan
Barnabas sebagai wajah baru kem Institut Pendidikan Tinggi (IPT) kerana latar
belakang Barnabas memulakan misi injil di kalangan bangsa bukan Yahudi.
Barnabas adalah rakan atau pembantu Rasul Paulus yang benar-benar mengabdi
kepada pelayanan berkonsepkan lintas budaya. Situasi ini dilihat sangat sinonim
dengan kejayaan sebagai guru.
Kem
Barnabas dahulunya dikenali sebagai Kem IPT Sabah tetapi kini dinamakan semula
dengan nama Kem Barnabas. Mula diadakan pada tahun 2001 dan penganjuran tahun
2014 adalah yang ke-8. PGKS adalah singkatan kepada Persekutuan Guru-Guru
Kristian Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1995. Merupakan Ahli Bersekutu Majlis
Gereja-Gereja Sabah dan bergabung dengan NECF. PGKS merupakan organisasi
pelayanan di kalangan guru dan pelajar Kristian yang aktif dalam pelbagai
aktiviti di seluruh Sabah.
Kem
Barnabas siri ke-8 ini (2014) akan dianjurkan oleh guru pelatih Kristian IPG
Kampus Keningau, Sabah dengan kerjasama PGKS. Tema pada tahun ini adalah “Kuatkan
dan Teguhkanlah Hatimu” (Yosua 1:6). Kumpulan sasaran adalah khusus untuk semua
mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil opsyen atau pengajian pendidikan di
Institut Pendidikan Guru (IPG), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sebagainya.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para bakal guru
mengenai cabaran yang bakal dihadapi dalam profession perguruan serta cara
mengatasi cabaran tersebut. Selain itu, program ini dapat meneguhkan iman para
peserta kem dengan pengetahuan alkitab dan program-program Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) yang dijalankan sepanjang kem. Selepas mengikuti Kem Barnabas,
diharapkan para peserta dapat:
a. Mempelajari
tugas sebagai seorang guru Kristian.
b. Menyedari
akan adanya cabaran yang bakal dihadapi dan berusaha meningkatkan pengetahuan
dalam kerohanian.
c. Mengalakkan
interaksi antara pelajar bakal guru dengan guru PGKS.
d. Diperlengkapi
dengan pengetahuan tentang alkitab.
Program
seumpama ini merupakan usaha untuk mempersiapkan para bakal guru Kristian untuk
menghadapi cabaran dalam profession perguruan. Disamping itu, program ini juga
dapat meneguhkan iman para peserta kem dengan pengetahuan alkitab.
Penganjuran
pada kali ini telah disertai seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada
guru pelatih Kristian pelbagai denominasi di IPG Kampus Keningau, IPG Kampus
Kent, IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Tawau dan UMS serta seramai 10 orang ahli
PGKS juga turut datang memberikan sokongan termasuk penasihat PGKS iaitu Puan
Tiong Ghee.
Semua program dijalankan di Rumah
Retret Keuskupan Keningau (RRKK) Tatal selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti
diadakan dalam kem ini antaranya, ceramah-ceramah berkaitan dengan isu-isu
semasa, cabaran seorang guru, dan persiapan rohani yang disampaikan oleh Father
Rudolf Joanes, Puan Tiong Ghee, Encik Darulsalam, dan Encik Adnan. Para peserta
sangat gembira dengan program-program yang dilaksanakan kerana semangat
kekitaan dan kekeluargaan dalam satu iman Yesus Kristus. Antara prorgam yang
memberi banyak respond positif adalah program Kanaan (Aktiviti Stationary) yang
telah mengeratkan lagi persaudaraan diantara perserta dengan kumpulan mereka. Pada
malam ke-2 telah diadakan malam Talenta iaitu acara persembahan daripada setiap
kontinjen dimana kami dapat melihat pelbagai talenta hebat yang dimiliki oleh
setiap peserta kem ini. Pada hari terakhir kem ini (Ahad), Misa Kudus Perutusan
kepada semua Perserta Kem Barnabas diadakan di dewan terbuka yang disempurnakan
RRKK oleh YM. Bishop Datuk Cornelius Piong. Program ini diakhir dengan
pengumuman tuan rumah pada pengajuran kem tahun hadapan.
Ucapan ribuan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa pelaksana program, para ahli PGKS, para penceramah,
para pemberi sumbangan, para peserta dan semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa
lagi pada penganjuran seterusnya yang menjadi “Tuan Rumah” pada 2015 iaitu UMS bergabung
dengan IPG Kampus Kent.
Gambar 2: Sesi
Bergambar bersama YM. Bishop Datuk Cornelius Piong pada hari terakhir Kem
Barnabas.
No comments:
Post a Comment