Monday, 7 October 2013

Kehidupan IPG

Shallom dan Salam Damai.
Saya mahu konsikan serba sedikit mengenai diri saya.

Setiap orang mempunyai pandangan dan penilaian mengikut cara mereka sendiri begitu juga dengan saya.
Apa yang saya mahu kongsikan disini adalah bagaimana saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelatih IPG Kampus Keningau dan sebagai seorang anak pertama di dalam keluarga.

Sebagai seorang pelatih sesungguhnya pada kali ini saya telahpun berjaya menempuhi pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang pengajian di institut ini. Saya sangat bersyukur kerana ditawarkan untuk menjadi guru pelatih di IPG ini. Walaupun pada dasarnya IQ saya bukanlah baik sangat berbanding dengan rakan-rakan  dalam seopsyen dengan saya. Kekadang saya merasakan bahawa diri saya sangat jauh beza dengan rakan-rakan dalam kelas saya terutama sekali dari segi IQ sememangnya kalau dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas saya amatlah jauh beza. Namun saya sentiasa hendak berusaha bukan untuk mengalahkan mereka namun untuk membina diri ini untuk benar-benar bersedia untuk mendidik anak bangsa saya apabila kelak menjadi guru.

Pernah suatu ketika apabila pensyarah kami memberikan suatu tugasan untuk menguji kecergasan pelbagai kami dan keputusan yang telah saya perolehi adalah sangat jauh beza dengan rakan-rakan saya. Sesungguhnya keputusan tersebut paling kurang adalah kecergasan Logikal matematik. Sedangkan saya adalah daripada opsyen matematik..Hhahaha... Mungkin sebab itu apabila terdapat sebarang perbincangan dan sebagainya pendapat saya selalunya bercanggah dengan rakan-rakan saya.

Akan bersambung.....

No comments:

Post a Comment