Monday, 7 October 2013

Aku Yang Dulu

Amodd Yang Dulu
Setiap Kita mempunyai ceritanya yang tersendiri "Each Of us have own story".
Saya hendak mengonsikan serba sedikit mengenai diri saya ini.

Pada hari ini kamu melihat saya sepertinya saya seorang yang baik dan sebagainya.
Namun suka saya katakan disini bahawa saya sebenarnya bukanlah seorang yang sejak dari kecil berperangai atau mempunyai kelakuan yang seperti pada hari ini.

Dalam kehidupan saya tidak bermula dengan baik sahaja.
Saya pada dahulunya mempunyai banyak pengalaman dalam kehidupan sosial berbanding kehidupan rohani.
Jadi dalam menjalani kehidupan ini, saya telah merasai kehidupan jahil dan kehidupan bertamadun.
Banyak perkara saya telah pelajari. Saya sangat bersyukur pada hari ini kerana kehidupan saya sangat luar biasa. Sosial saya 50% manakala rohani juga 50%..hahaha then nnt sambung lagi klu saya free...>>>>

Kehidupan IPG

Shallom dan Salam Damai.
Saya mahu konsikan serba sedikit mengenai diri saya.

Setiap orang mempunyai pandangan dan penilaian mengikut cara mereka sendiri begitu juga dengan saya.
Apa yang saya mahu kongsikan disini adalah bagaimana saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelatih IPG Kampus Keningau dan sebagai seorang anak pertama di dalam keluarga.

Sebagai seorang pelatih sesungguhnya pada kali ini saya telahpun berjaya menempuhi pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang pengajian di institut ini. Saya sangat bersyukur kerana ditawarkan untuk menjadi guru pelatih di IPG ini. Walaupun pada dasarnya IQ saya bukanlah baik sangat berbanding dengan rakan-rakan  dalam seopsyen dengan saya. Kekadang saya merasakan bahawa diri saya sangat jauh beza dengan rakan-rakan dalam kelas saya terutama sekali dari segi IQ sememangnya kalau dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas saya amatlah jauh beza. Namun saya sentiasa hendak berusaha bukan untuk mengalahkan mereka namun untuk membina diri ini untuk benar-benar bersedia untuk mendidik anak bangsa saya apabila kelak menjadi guru.

Pernah suatu ketika apabila pensyarah kami memberikan suatu tugasan untuk menguji kecergasan pelbagai kami dan keputusan yang telah saya perolehi adalah sangat jauh beza dengan rakan-rakan saya. Sesungguhnya keputusan tersebut paling kurang adalah kecergasan Logikal matematik. Sedangkan saya adalah daripada opsyen matematik..Hhahaha... Mungkin sebab itu apabila terdapat sebarang perbincangan dan sebagainya pendapat saya selalunya bercanggah dengan rakan-rakan saya.

Akan bersambung.....

Sunday, 6 October 2013

Tuesday, 1 October 2013

I'm Pround To be Dusun Ganna


Saya bangga menjadi orang dusun ganna. Kecewa dengan pemimpin yang mengatakan orang Sabah Perlu tukar bangsa menjadi Melayu. Sesungguhnya darah saya adalah orang tempatan Sabah yang telah menduduki di Negeri Sabah ini sejak dari turun-temurun kami tidak sama sekali akan menukar identiti kami. Lebih baik mati daripada hilang identiti bangsa kami.